Sunday, May 22, 2011

Mungkin



Mungkin aku tidak patut berada di sini,
Mungkin aku tidak patut berada di pinggir ini,
Mungkin aku tidak patut berteman kan pekat malam kala ini,
Mungkin bulan sengaja bercanda bersama bintang tanpa mempedulikan aku,
Mungkin tidak patut air mata aku mengalir demi itu,
Mungkin aku tahu mengapa aku menekan dadaku,
Sesak,
Mungkin aku tahu mengapa angin menyeru namaku,
Mungkin angin mahu menemani,
Mungkin aku patut pergi bersamanya sekarang,
Melayang,noktah

No comments: